Friday, November 11, 2011

Ku Nanti Sebuah Bintang

Malam ini tidak gelita...
Tapi tiada bintang yang menghiasi...
ke mana pergi bintang...?
Adakah sudah gugur semuanya...?
Tiadalah untukku petik hari ini...
Pengubat sepinya hati sunyi...
Sayu lagi...

Jangan sedih wahai hati...
Khabar akhir belum ditiup...
Harapan masih lagi hidup...
Matahari pasti celik esok...
Menjanjikan sebuah lagi malam...
Mengukir kerdip kerdip cahaya...
Dan mungkin pengakhir...
buat sepi...
Hati..

Wednesday, November 2, 2011

Perihal Awal Pagi, Tidur dan Masalah.

Bahagian 1

Aku termenung lagi diawal pagi. Fikir sesuatu yang tak mungkin aku tentukan sendiri akan jawapannya. Fikir apa?. Entah. Aku sendiri keliru. Aku sedang berfikir atau mengeluh. Atau mengelamun. Aku labonkan pada diriku sendiri yang aku punyai masalah. Tapi apa masalahnya?. Otak aku bertanya. Hati aku bersoal. Apa masalahnya?. Aku hanya kata pada diri masalah. Masalah juga. Kalau ada masalah cakaplah apa masalahnya. Boleh dipikirkan penyelesaiaan. Itu kata hati aku. Otak aku hanya diam. Ya tak ya. Apa masalahnya?. Ha Sudah !. Ini satu lagi masalah. Ada masalah, tapi tak tahu apa masalahnya.

Bahagian 2

Masalah celaka!. Itu cerita 2 minit lalu. Sekarang aku tahu apa masalah aku. Jiwa aku tak tenteram!. Ya, aku yakin itu masalahnya. Ermmm. Nanti. Kenapa pulak tak tenteram?. Sebab ada masalah lah. Tak nak alasan tu !. Kenapa tak tenteram?. Sebab ia kosong. Jiwa aku kosong. Barangkali. Tidak. Aku harus akui yang tuhan itulah pengisiannya. Jiwa aku kosong kerana kurang pengisian tuhan. Bukan perempuan. Bukan suku sakat. Bukan sahabat handai. Bukan itu semua yang kurang. Tuhan yang kurang dalam diri aku.

Bahagian 3

Sehingga ayat ini aku taip, aku dapat rasa sebuah kelegaan. Dan aku sedar lagi sekali. Masalah aku bukan kurang pengisian tuhan. Tapi tak nak mengaku yang aku ni kurang pengisian tuhan!. Nah !. Itu masalah nya !. Otak masih diam. Yang ligat berbisik si hati. Tak. Otak tak diam. Perkataan semua ni otak la yang buat. Otak hanya menurut rentak hati yang masih kecewa. Lebih tepat mungkin otak masih menurut. Hati masih kecewa. Kenapa pulak kecewa ?. Kecewa dengan jasad yang tak mahu mencari tuhan. Takde pasal nak kecewa !. Sepatutnya hati yang bertanggungjawab !. Jasad ini hanya ciptaan yang menurut segala perintah otak. Dan otak masih setia dengan hati rasanya. Habis kenapa nak kecewa ?. Hati memang tamak. Dia sahaja yang nak kecewa.

Bahagian 4

Masalah melanda lagi. Apa yang nak bising ?. Surga sahaja yang tiada masalah. Kalau rasa masih duduk di bumi memang masalah tu teman karib. Bukan nak cerita. Atau mengeluh akan masalah tapi cuba refleksi sebelum tidor. Gila !. Esok tak nak lagi aku refleksi. Tak boleh tidor aku dibuatnya !.

Bahagian tamat

Hati memang tamak. Dia sahaja yang nak kecewa. Apa bising dengan masalah. Surga sahaja yang tiada masalah. Kalau rasa masih di bumi memang masalah tu teman karib.

Saturday, July 31, 2010

Pembayang 1..

1. Hampir dua jam berfikir...mahu atau tidak..? satu keputusan yang sepatutnya maha mudah tetapi manjadi maha payah pula...; akhirnya keputusan diambil jua...ya aku buat...blog pertama ku. Memang percuma tetapi nilai blog ini sebenarnya amat tinggi bagi ku...ya amat tinggi. Sebab..? sebenarnya aku mahu orang lain tahu apa yang menjadi pendirian aku selam ini. Tapi tak tahu macam mana nak beritahu kepada diorang. Aku harap ini menjadi medium utamanya..insyaallah..

2. Antara kemahuan dan keperluan...yang mana menjadi keutamaan..? sudah tentulah keperluan (ada juga yang ikut kemahuan kan..?). Begitu juga lah aku dalam proses mencipta 'benda' ini. kemahuan ke keperluan. Setelah difikirkan..ia merupakan satu keperluan bagi aku. Ya..ia satu keperluan...kenapa ya..? kerana satu di luar kotak pemikiran akan menerjah..